Friday 28 September 2012

CHOCOLATE LAVA

CHOCOLATE LAVA
Bahan-bahannya:
2 cawan dark chocolate yang dicincang - saya guna chocolate compound
12 sudu besar mentega cair
4 biji telur
6 sudu besar gula halus
6 sudu besar tepung - saya guna tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
Secubit garam


Cara-caranya:
  • Griskan acuan cupcake dan taburkan dengan sedikit gula halus. Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 160'C selama 10 minit. Masukkan mentega yang telah dicincang. Biarkan sehingga mentega cair.
  • Campurkan mentega cair dengan dark chocolate dan cairkan dengan menggunakan kaedah double-boiled. Apabila chocolate telah cair, alihkan dari api dan masukkan serbuk coklat. Kacau hingga rata. Ketepikan.

  • Pukul telur dan gula selama 3 minit menggunakan kelajuan medium.
  • Masukkan adunan chocolate tadi.
  • Masukkan pula tepung dan secubit garam, Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan yang telah digriskan .
  • Masukkan ke dalam freezer selama 5 minit.
  • Setelah cukup 5 minit, keluarkan dan terus bakar di dalam oven selama 11 minit. Kek ini tidak boleh dibakar melebihi 15 minit.
  • Keluarkan dari oven, biarkan selama 3 minit dan bolehlah dinikmati.



9 comments:

SzuLisa said...

Sedapnyeeee.... terliur tengok coklat tu.. (>..<)

Hyppo Klassik said...

Salam... Cikgu tumpang tanya. Mengapa kena simpan adunan dalam freezer? Lps tu baru bako

Cikgu Ani Bawok said...

Hyppo Klassik, supaya adunan kek sejuk, jadi bila dibakar, bahagian luar lebih cepat kering dan bahagian dlmnya masih lembut lagi..

Unknown said...

kak ani.. akan ku cuba resepi ini.. hehe..

mira zainal said...

salam kak, nk tnye kene gune tepung naik ek, sy try buat gune tepung gandum,, yg bawah tu elok je terbakar, bile terblikkn papercup tu yg bahagian atas tu jadi mcm jelly. nape ek?? kat mne silapnyer. tepung ker?

thnaks for advise.

Unknown said...

assalam akak. saya dah try buat,, tapi kan kenape x menjadi ye.. i mean yang dlm tu takde inti pon.. macam mane tu ye ? hrap akak respond laaa

EjaSyg said...

wow! bestnya resepi ni.. nanti nak cuba lah.. saya peminat coklat tegar..

EjaSyg said...
This comment has been removed by the author.
Cikgu Ani Bawok said...

AkmalAmira...
mungkin sbb akmal bakar lama sgt kot.. jd kek masak sepenuhnya...
pastikan bakar tak lebih dr 11 minit...