Thursday 4 October 2012

KOBIS GORENG MAMAK STAIL

KOBIS GORENG MAMAK STAIL
Bahan-bahannya:
1/2 biji kobis - potong kecil
1 biji karot - potong mancis
1 sudu makan biji sawi
5 biji cili kering - gunting pendek-pendek
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.
  2. Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan kobis dan karot serta sedikit garam dan serbuk perasa.
  4. Gaul rata hingga kobis dan karot masak. (Tak perlu masukkan air ye)
  5. Sedia untuk dihidangkan.



2 comments:

Anonymous said...

Cikgu Ani, resipi2 yg sentiasa mudah dan enak. Cara masakan yg menjimatkan masa utk org yg sibuk dan baru hendak belajar.

Kak Ida said...

Nampak simple dan senag nak buat. Tkasih Cikgu Ani share reaipi ini.