Monday 12 November 2012

SAMBAL TELUR SCRAMBLE

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua ye... resepi sambal telur scramble ni adalah resepi anak sedara lelaki saya Iswandi Sukar... Sambal telur scramble ni memang simple sangat, tapi sedap sangat terutama bila makan dengan nasi yang panas-panas. Ada pulak ikan kering goreng atau ikan pekasam goreng... Ermmmm... memang boleh bertambah-tambah makan nasi... Kalau ada orang datang, memang buat derk ajelah... hahaha... Ok.. Jom! kita jengah-jengah resepinya...

SAMBAL TELUR SCRAMBLE
Bahan-Bahannya:
5 biji telur ayam
5 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar - potong baji
sedikit air asam jawa
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong baji. Masak hingga bawang layu. Angkat dan ketepikan.
  5. Menggunakan kuali yang sama, Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
  6. Masukkan kesemua biji telur. Kacau hingga hancur dan menjadi scramble egg.
  7. Masukkan semula sambal tumis tadi ke dalam kuali berisi scramble egg tadi dan kacau rata.
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


No comments: