Recent Posts

Friday, 12 July 2013

NASI GORENG BIASA

NASI GORENG BIASA
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
  2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
  4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap. Gaul rata.
  6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. 
  7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
  8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
  9. Tutup api dan hidangkan.


35 comments:

ns pest control said...

Nk cuba jap lg....

Anonymous said...

simple tp nampak sedap

Anonymous said...

sye x fhm mcm mne cili kering 2 sudu?explain secara terperinci please ๐Ÿ˜–

Anonymous said...

Cili kering yg dh blend

Anonymous said...

Cili yg sudah dikisar..

synxys said...

alhamdulillah sedap..dah try buat pkai resepi nie..food tester kate sedap..thumbs up!

Anonymous said...

Apa bahan dalam serbuk perasa tu? Mohon penjelasan

Anonymous said...

Cap.. Cap.. Cap..

Cap aji no moto

Anonymous said...

Bawang besar n putih tu nak kena tumbuk ker??

Anonymous said...

Dh try dah...memang sedap punye...hehe๐Ÿ˜ƒ

ummu said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

Anonymous said...

Bawu try tadi..sangat sedap..menjadi

Amri Hassan said...

Bagus sekali resepi ini Cikgu Ani. Di samping itu, tahniah kepada cikgu kerana telah memartabatkan Bahasa Melayu dengan menggunakan laras bahasa yang betul dalam resepi ini.

Zie La said...

saya ingin mencuba resepi nasi goreng cikgu Ani..terima kasih cikgu Ani berkongsi resepi.

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedpnye Cikgu ani.. Tibe2 terase lapr pulak tngah2 mlm nie.. esok sarapan nk try buat la..

Siti Ruqaiyah 313 said...

Sedpnye Cikgu ani.. Tibe2 terase lapr pulak tngah2 mlm nie.. esok sarapan nk try buat la..

rothman samat said...

Dah try dah..walaupun simple tapi tetap sedap xD

Anonymous said...

Akak..saya nak copy nak bagi kat budak.. ada pertandingan memasak ^^..harap izin..terima kasih eh kak

Unknown said...

Thumbs up....

khairul iskandar said...

Dah banyak kali test dh.siap masukan petai lg.hehehe..memang sedap.ajinomoto tukarkn kpd perencah maggi.best

hamelia sunita Hamid said...

sedap kak...tq

Anonymous said...

X sedap.. sebab cili kisar x pecah minyak.. apa sebenarnya pecah minyak.. gagal..

Suzana Ana said...
This comment has been removed by the author.
Suzana Ana said...

Kesian dgn ko Anonymous..Gagal

Unknown said...

Nak cubalah. Terima kasih cikgu Ani

Unknown said...

Nak cubalah. Terima kasih cikgu Ani

Unknown said...

Nak cubalah. Terima kasih cikgu Ani

Unknown said...

Nak cubalah. Terima kasih cikgu Ani

Tuan Aminrul said...

Pagi ni rasa mcm nk makan nasi goreng la.. terima kasih bnyak2 cikgu ani atas resepi nye..

Unknown said...

Serbuk perasa tu satu paket ka?

humairah azam said...

cili kering tu cili bo la kann

Aneka Resipi Mudah said...

Terimakasih kongsi resepi nasi goreng ni.

Anonymous said...

thanks cikgu ani

farif Nor Arshad said...

Sayuq plak xdak

Just another Dude said...

Alamak saya baru first time buat saya tertumbuk bawang dan ikan bilis tu.Hahah.Sebab akak kata bahan tumbuk saya pun tumbukla hahah.Kesilapan yg lelaki baru nak naik remaja buat.Nyesal tak tengok mak buat.