Thursday 12 September 2013

IKAN MERAH GORENG BERLADA

IKAN MERAH GORENG BERLADA
Bahan-bahannya:
3 keping isi ikan merah - dipotong dua
2 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu teh garam
4 sudu makan cili kering kisar
2 sudu teh asam jawa - dicampur dgn 1/2 cawan air untuk dijadikan paste
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - hiris memanjang
1 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering (boleh juga kalau nak guna belacan)

Cara-caranya:

  1. Gaul ikan dengan garam kunyit. Goreng hingga masak. Ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. Biar mendidih.
  5. Masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  6. Biarkan kuahnya agak pekat.
  7. Tutup api. Hidangkan.


4 comments:

Unknown said...

tq sis.. saya kekeringan idea nak masak nih.

Unknown said...

tq sis.. saya kekeringan idea nak masak nih.

Unknown said...

Terima kasih atas resepi sis...😍

Unknown said...

Huhu.. tq share resepi.. mula tu plan nk buat sup.. tp org kata takut hanyir plak klu ikan merah ni buat sup