Recent Posts

Thursday, 13 November 2014

KEK PANDAN KUKUS


KEK PANDAN KUKUS
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1 cawan gula
1cawan minyak masak
1/4 cawan air daun pandan - (5 helai daun pandan dikisar dan ditapis airnya)

Cara-caranya:
  1. Didihkan air kukusan.
  2. Sambil menunggu air kukusan mendidih, ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
  3. Kisar telur, gula, minyak masak dan air pandan menggunakan speed maksimum hingga kembang. (lebih kurang 10 - 15 minit).
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikisar menggunakan speed paling perlahan sehingga sebati.
  5. Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak . Masukkan adunan tadi.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. (Pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.)
  7. Bila kek sudah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.
  8. Sedia untuk duhidangkan.


8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

Cikgu Ani Bawok said...

Nyum! Nyum!

Salbiah Ibrahim said...

Thx utk resepi .. sy nk cube ..

Salbiah Ibrahim said...

Thx utk resepi .. sy nk cube ..

lara said...

sedapp nyaa...tq sy nk buat mlm ni..huhu

Sufieyana08 Jamaluddin said...

Nyum nyummm

Unknown said...

Instruction no 2 tu kena betulkan. Satu2 bahan kena kembangkan. Bukan campur semua baru kisar sampai kembang. Kalau x,mmg x menjadi la kek pandan kukus. Jadi kek pandan pentat je. X sponge

Azi said...

Instruction no 2 tu kena betulkan. Satu2 bahan kena kembangkan. Bukan campur semua baru kisar sampai kembang. Kalau x,mmg x menjadi la kek pandan kukus. Jadi kek pandan pentat je. X sponge